4 Kebaikan Blog Yang Harus Anda Ketahui

Apa kebaikan blog?

Seronokkah ada blog sendiri?

Bolehkah dapat duit dengan blog?

Itulah pertanyaan yang selalu diutarakan oleh orang yang baru mula mengenali blog.

Sebelum anda belajar buat blog, anda seharusnya mengetahui kebaikan yang ada pada blog.

Kebaikan Blog

Apakah sebenarnya Kebaikan Blog?

Tempat Perkongsian Maklumat

Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog.

Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog.

Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya.

Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.

Menjana Pendapatan Sampingan

Bloggers boleh menjana pendapatan hanya dengan berblog. Ini dapat dilakukan dengan hanya mendaftar dengan mana-mana syarikat pengiklanan dan mendaftar menjadi sebagai “publisher”.

Di antara syarikat yang menjalankan servis pengiklanan di Malaysia ini ialah Nuffnang, Adsense (google) dan Innity.

Menambah Ramai Kawan

Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka.

Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.

Tempat Mengasah Bakat

Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen.

Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.


Itulah 4 kebaikan blog yang kita harus ketahui. Sebenarnya masih banyak lagi kebaikannya jika kita cari hoho :). Sekian.