Inilah Yang Terjadi Jika Mengambil Telur Sebagai Sarapan Setiap Pagi

Kebaikan Mengambil Telur Sebagai Sarapan Pagi
Siapa yang suka makan telur dan tidak suka makan telur harus baca kebaikan mengambil telur sebagai sarapan pagi ini. Mari kita pelajari lebih lanjut mengenai apa sebenarnya manfaat mengambil telur untuk sarapan pada setiap hari.

Kebaikan Mengambil Telur Sebagai Sarapan Pada Setiap Pagi


1. Dapat Meningkatkan Sistem Daya Tahan Tubuh
Mengambil satu biji telur semasa kita bersarapan pagi mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan menggelakkan kita dari lapar. Kandungan protein yang tinggi, vitamin dan nutrisi yang cukup, menjadikan telur amat sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi kita.

2. Membuatkan Kita Lebih Bersemangat
Kandungan lengkap omega 3, asid lemak, vitamin B dan juga ionida dalam telur dapat memberikan semangat untuk meneruskan aktiviti harian kita. Segala nutrisi yang ada pada sebiji telur juga mampu mengurangkan keletihan tubuh badan kita.

3. Dapat Mencegah Kanser
Hasil kajian ada menyatakan bahawa, di dalam telur terdapat satu nutrisi yang dipanggil choline. Dan perlu kita tahu, choline adalah salah satu nutrisi yang sangat baik untuk melawan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser payudara .

Beberapa kajian juga mendapati bahawa kuning telur sangat baik bagi mencegah dan melawan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

4. Membantu Perkembangan Otak Dan Ingatan
Choline yang merupakan nutrisi yang terdapat pada telur juga dapt merangsang perkembangan otak dan fungsi otak. Ianya juga telah dikaitkan dengan meningkatkan daya ingatan dan ingat serta meningkatkan kecergasan otak.

5. Menyokong Penjagaan Berat Badan
Telur amat sesuai untuk orang yang mahu jaga berat badam atau menjalankan program diet. Mulakan sarapan pagi dengan sebiji telur pada setiap pagi kerana seperti yang kita tahu ianya mampu menahan rasa lapar. Saintis dari Saint Louis University berkata, makan telur di waktu pagi akan membuatkan anda berasa kenyang dan makan dengan sedikit sepanjang hari.

Kebaikan Mengambil Telur Sebagai Sarapan Pagi
Nah, itulah manfaat atau kebaikan mengambil telur sebagai sarapan pada setiap pagi. Telur juga boleh menjada penglihatan mata kita. Jadi, rajin-rajinkanlah diri kita untuk mengambil telur sebagai sarapan pagi kita setiap hari. Sekian.

4 komen untuk "Inilah Yang Terjadi Jika Mengambil Telur Sebagai Sarapan Setiap Pagi"

Hiburan Sabah

Setuju, siapa yang mahu jadi sado kena ambil telur juga hehe..

raihanah

setuju, bagus amik protein pagi2 sbg sarapan

dear anies

suka jg tp jarang mkn... tgk jg menu apa yg ada pg tu ;-)

Hasliynda Umairah

terlu memang baik ukt kesihatan

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.