Fakta Dan Kelebihan Lesung Pipit

Salam sejahtera semua. Sangat unik bagi mereka yang memiliki lesung pipit kerana memiliki aura yang boleh menambah kemanisan pada setiap senyuman yang diukir di bibir. Lesung pipit menjadi aset yang terbaik dalam senyuman seseorang yang memilikinya. Pada kebiasaanya lesung pipit akan terlihat pada kedua belah pipi seseorang, dan ada juga yang hanya memiliki lesung hanya pada sebelah pipi kanan atau kiri.

Di sebalik kemanisan senyuman seseorang yang memiliki lesung pipi, berikut saya kongsikan kepada anda beberapa fakta dan kelebihan lesung pipit yang mungkin anda belum tahu sebelum ini.

Fakta Dan Kelebihan Lesung Pipit

6 Fakta Dan Kelebihan Lesung Pipit

Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di muka dunia ini yang memiliki lesung pipit. Lesung pipit sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai.

Ramai Yang Tertarik

Tidak kira bagaimana mood anda di depan kamera, jika anda senyum secara terpaksa sekalipun anda tetap kelihatan sangat menarik. Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.

Kelihatan Lebih Muda

Adakah anda perasaan bahawa orang yang memiliki lesung pipit akan kelihatan 'BABY FACE'. Saintis juga mengakui bahawa orang yang memiliki lesung pipit kelihatan lebih muda. Hal tersebut demikian kerana, lesung pipit amat sinonim dengan anak kecil atau bayi.

Penyebar Aura Keceriaan

Setiap kali seseorang yang memiliki lesung pipit tersenyum pasti ianya membawa keceriaan kepada orang yang melihatnya.

Ramai Selebriti Yang Menjadi Popular

Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Sebagai pengetahuan kita semua atau bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936.

Lesung Pipit Boleh Menjadi Pudar

Sungguhpun lesung pipit ini selalunya diwarisi oleh genetik, anda tidak semestinya akan memilikinya untuk seumur hidup. Ramai yang tidak tahu bahawa ianya masih boleh memudar dan seterusnya menghilang bergantung kepada otot wajah anda. Selain dikaitkan dengan pertambahan berat badan, proses penuaan juga adalah antara faktor yang menjadi lesung pipit yang dimiliki semakin kurang kelihatan.

Menarik bukan memiliki lesung pipit? Untuk yang tidak memilikinya kita seharusnya bersyukur walaupun bagaimana jua keadaan fizikal kita.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.