Ciri-Ciri Seseorang Berdasarkan Cara Tidur

Kadangkala tanpa kita sedar kita tidur cara yang berbeza-beza. Tapi adakah kita tahu bahawa cara tidur dapat menggambarkan personaliti seseorang? Mungkin ya. Mari sama-sama kita ketahui personaliti seseorang berdasarkan cara tidur.

Ciri-Ciri Seseorang Berdasarkan Cara Tidur

Personaliti Seseorang Berdasarkan Cara Tidur

Tidur Tanpa Bantal

Orang yang tidur tanpa menggunakan bantal memiliki sifat percaya dan yakin kepada diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa mereka kepada sifat ego.


Memeluk Bantal

Mereka yang suka tidur dengan memeluk bantal biasanya adalah berjiwa seni. Mereka memiliki penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


Menggunakan Banyak Bantal

Orang yang tidur bersama banyak bantal biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping diri mereka.
Mereka juga jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya akan mendapatkan pandangan daripada orang lain.


Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis yang suka mengada-ngada dan boleh menerima keadaan dengan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka yang tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki mempunyai sifat yang kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga tidak suka berusaha malah gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita.


Tidur Mengiring

Tidur secara mengiring adalah posisi tidur yang paling banyak dalam kalangan manusia. Orang yang suka tidur mengiring sering bimbang terhadap sesuatu perkara. Mereka adalah golongan manusia yang sensitif dan pemalu.


Tidur Mengiring Tetapi Lurus

Cara tidur secara mengiring dan lurus sangat baik untuk kesihatan tulang belakang. Mereka adalah orang yang boleh dipercayai dan mudah untuk bergaul dengan semua orang.


Tidur Lurus dan Terlentang

Orang yang suka tidur dalam keadaan lurus dan tanpa bantal sering mengalami sakit belakang. Mereka tidak suka perkara yang remeh-temeh. Orang yang tidur secara lurus juga sering bersikap pendiam.


Tidur Cara Meniarap

Orang yang tidur secara meniarap cenderung mengalami masalah pernafasan. Mereka juga suka menjadi ketua atau menguasai sesuatu dan mereka sangat yakin dengan diri sendiri.


Tidur Terlentang dan Gaya Bebas

Ada sesetengah orang yang suka tidur secara terlentang. Mereka sering berdengkur semasa tidur. Mereka adalah sahabat dan pendengar yang baik.

Jadi bagaimana dengan anda? bagaimanakah cara tidur anda dan adakah ianya bertepatan dengan personaliti di atas? Mungkin ianya ada betul dan juga kurangnya.

1 comments untuk "Ciri-Ciri Seseorang Berdasarkan Cara Tidur"

Perniagaan Internet

Tido kalo peluk isteri macam mana plak bro..ciri-ciri nya boleh kahwin lebih dari 1 ker... :D

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.