7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Mari sama-sama kita ketahui 7 asal usul nama tempat di beberapa daerah di negeri Sabah yang sangat unik.


7 Asal Usul Nama Tempat di Sabah

1. Menggatal
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Untuk pengetahuan kita semua, nama "Menggatal" diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi “Menggatal”.

 2. Tawau
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Nama Tawau adalah berasal dari perkataan "Tawai” iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan. Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan "Tawao” mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.

3. Penampang
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.

4. Putatan
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan. Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun dikalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.

5. Papar
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal usul nama Papar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.

6. Tuaran
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’. Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

7. Kota Belud
7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi,Kota Belud ini dirujuk sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”


Antara ketujuh-tujuh asal usul nama tempat di Sabah ini mana yang kamu rasa paling mantap? Bagi saya memang semuanya terbaik. Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda. Kalau ada kesilapan asal usul nama tempat ini sila tulis di ruangan komen. Sabahan memang terbaik.

2 komen untuk "7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Ramai Orang Tidak Tahu"

Rockysweety 90

Info yang menarik. :D tempat asal saya di putatan sabah. baru tau nama gelar dulu putat-town dulu XD

PRO73

Sebutan 'Tawaran' dlm myskt kadazandusun merujuk kepada jagung atau buah jagung. Berkemungkinan besar nama daerah Tuaran berasal daripada aktiviti berjual-beli produk tanaman tersebut pada suatu masa dahulu atau sekurang-kurangnya hal-hal yg terkait dgn tanaman tersebut. Cuba diselidiki lagi. Just my one cent.

Terima kasih kerana sudi baca entri ini dan silakan untuk memberikan komen anda. Kami sangat menghargai pandangan atau komen yang akan anda berikan. Sila berikan komen anda dengan cara yang berhemah kerana saya tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis.

Sekian.