Contest Review Lynk.my 2015

Mahu cari servis pemendekkan URL yang percuma?

Mahu cari laman web URL Shortener yang boleh menjana pendapatan?


Jika ya, anda sedang berada di tempat yang betul untuk mempelajari semua itu di sini.


Saya juga pernah mencari servis pemendekkan URL (Uniform Resource Locator) percuma dan boleh menjana pendapatan sampingan. Sekarang saya telah mengetahuinya apabila saya menyertai contest review Lynk.my 2015. Artikel hari ini, kita akan fokus sepenuhnya tentang review Lynk.my dan saya akan kongsikan perkara yang menarik tentang Lynk.my untuk kegunaan kita semua.



Contest Review Lynk.my 2015



Review Lynk.my - Malaysia URL Shortener:


Saya baru sahaja mengetahui tentang laman web Lynk.my dan saya akan kongsikan kepada anda semua tentang laman web tersebut. Lynk.my merupakan sebuah laman web URL Shortener terbaik. Dengan menggunakan Lynk.my URL kita boleh memendekkan URL yang sangat panjang dengan mudah.
Contohnya http://calrasepatrick.blogspot.com/2015/09/blogger-sabah.html boleh kita pendekkan sehingga menjadi seperti ini http://lynk.my/kFW Menarikkan?.

Tetapi pasti ada yang bertanya "apa kebaikan untuk memendekkan URL?". Cuba kita berfikir secara logik dan buat perbandingan antara URL pendek dan URL yang panjang, yang manakah yang lebih mudah untuk dikongsikan? Saya seratus peratus memilih URL pendek lebih mudah untuk dikongsikan. Bagaimana pula dengan anda? jawaban ada di tangan anda sendiri.


Pasti ada juga yang terfikir "Kenapa perlu menggunakan Lynk.my sedangkan masih banyak laman web yang menyediakan servis pemendekan URL secara percuma dari negara luar". Sekali lagi gunakan minda kita untuk berfikir lebih logik dan buat pilihan yang mana kamu mahu sokong dari negara anda atau dari negara luar? jawaban ada pada anda sendiri.



Contest Review Lynk.my 2015

1. 6 Kelebihan Lynk.my
  • Dengan Lynk.my para pengiklan boleh beriklan dengan harga hanya RM10.
  • Pasti ramai yang mahu buat duit secara online dan kini dengan Lynk.my anda boleh menjana duit secara online. Caranya mudah sahaja iaitu, jadi publisher di Lynk.my dan kongsi URL yang telah dipendekkan dan dapatkan bayarannya.
  • Disediakan oleh orang Malaysia untuk kegunaan warga Malaysia.
  • Semua bank di Malaysia boleh digunakan untuk menerima pembayaran daripada Lynk.my.
  • Lynk.my menggunakan Smart Filtering untuk menghalang kunjungan yang datang daripada web spiders atau proxy kerana itu hanya merugikan pengiklan.
  • Sangat berguna.

2. Cara Untuk Memendekkan URL Menggunakan Lynk.my
Pertama sekali sila layari Lynk.my dan anda akan menemui paparan seperti gambar di bawah



Contest Review Lynk.my 2015

Seterusnya masukkan URL yang anda mahu pendekkan dan klik pada LYNK IT. Contohnya:



Contest Review Lynk.my 2015

Dan URL yang panjang akan menjadi pendek seperti di bawah ini



Contest Review Lynk.my 2015

Selesai untuk cara pendekkan URL. Seterusnya saya akan terangkan lebih lanjut mengenai Contest Review Lynk.my 2015.


Pertandingan Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Dengan segala hormatnya saya mempersilakan semua rakan blogger Malaysia untuk menyertai contest ini. Contest yang sangat menarik ini menawarkan hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.


Terdapat tiga kategori yang kita boleh menangi dalam Contest Review Lynk.my 2015 iaitu kategori TOP SEO, kategori TOP lynkUNDI dan juga kategori TOP CREATIVE. Setiap kategori menawarkan hadiah yang menarik dan setiap peserta layak memenangi ketiga-tiga kategori tersebut.



Hadiah Contest Review Lynk.my 2015
  • Kategori TOP lynkUNDI Tempat pertama - RM500 Tempat kedua - RM300 Tempat ketiga - RM100
  • Kategori TOP SEO Tempat pertama - RM500 Tempat kedua - RM300 Tempat ketiga - RM100
  • Kategori TOP CREATIVE Tempat pertama - RM1000 Tempat kedua - RM500 Tempat ketiga - RM200
  • 50 penyertaan terawal layak menerima Gajet Khas daripada ikedaikami.com
  • Info lanjut klik disini.

Jangan lupa untuk menyertai Contest Review Lynk.my 2015 yang berlangsung pada 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Bagi anda yang belum menyertai contest ini, dipersilakan untuk menyertainya selagi anda masih banyak masa untuk menyertainya dan juga anda masih mempunyai banyak masa untuk mempraktikkan ilmu SEO atau teknik SEO yang anda ketahui untuk memenangi kategori TOP SEO.


Kepada semua blogger Malaysia yang telah menyertainya, saya ucapkan semoga berjaya semua. Bersainglah kita secara aman dan sihat. Contest Review Lynk.my ini
 merupakan antara pertandingan yang terbaik dalam tahun 2015.

Iklan Atas Artikel
Iklan Tengah Artikel 1
Iklan Tengah Artikel 2
Iklan Bawah Artikel